13 November 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI ASY-SYIFA' 2010

 

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, segala puji ditujukan kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita nikmat sihat,  nikmat masa lapang, dan nikmat iman dan Islam.

Hari ini PASTI ASY-SYIFA' selamat mengadakan majlis Ihtifal atau majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2010.  Ini merupakan ihtifal kali ke-7 sejak PASTI ASY-SYIFA' ditubuhkan pada tahun 2004.  Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Sdr Nasrul Hakim Bin Md. Jani, iaitu Ketua Penerangan, Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Sdr. Nasrul antara lain berpesan agar ibu bapa dan guru-guru PASTI sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak / murid akan hukuman yang diterima oleh orang yang membuat dosa di akhirat kelak. Menurut beliau, perkara dosa-pahala ini perlu ditekankan sebab pada masa sekarang para remaja sudah tidak segan silu lagi melakukan maksiat. Ramai yang sudah menganggap bahawa melakukan maksiat adalah sudah menjadi perkara yang biasa sahaja. Malah terdapat sebahagian remaja yang sudah tidak segan silu memberitahu rakan-rakan akan perkara maksiat yang telah mereka lakukan.  Oleh yang demikian, dengan kerap memberi ingatan akan hukuman orang yang berbuat dosa, mudah-mudahan ia menjadi benteng kepada diri murid dan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan maksiat apabila telah besar kelak.

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang, terutama kepada Adik Afirah Farhis Binti Kamal Halim yang telah mendapat kedudukan nombor 5 terbaik bagi keseluruhan PASTI Negeri Melaka dalam peperiksaan yang diadakan baru-baru ini bagi kategori murid berumur lima tahun.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para tetamu jemputan, ibu bapa, AJK, dan para guru PASTI ASY-SYIFA'.

Pengerusi PASTI ASY-SYIFA' sedang mengalu-alukan para tetamu dan ibu bapa

Sedang Melaungkan Azan

 Membaca Sajak - Perjuangan

Membaca Sajak - Ya Rahman

Berpidato

Nasyid


 Penyampaian Hadiah

 Pelajar Harapan: Adik Afirah Farhis Binti Kamal Halim
(Tempat Ke-5 Bagi Seluruh PASTI Negeri Melaka, Kategori 5 Tahun)

 Pelajar Contoh: Adik Nur Farhani Binti Faizal


Para Tetamu