14 July 2013

Kempen Keselamatan Kebakaran


Dua Murid Pasti Asy Syifa' Beraksi


Pada 7 Julai 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu Pasti Asy Syifa' terpilih mewakili tadika swasta bagi pertandingan Aspek 3K bersempena Kempen Keselamatan Kebakaran peringkat Negeri Melaka.

Dua peserta Tadika Pasti Asy Syifa' yang beraksi pada hari tersebut ialah adik Ahmad Hanifa b. Azhar dan adik Mohd Adiff Darwis b. Zamrud, masing-masing 6 tahun.

Walaupun tidak memenangi sebarang acara yang disertai, namun semangat dan kesungguhan mereka terserlah tatkala menyertai acara yang dijalankan.

Turut mengiringi kedua-dua peserta tersebut ialah Guru Besar Pasti Asy Syifa', Puan Hjh, Rossbi bt. Hj. Busu, dan ibu bapa peserta.

Berikut merupakan gambar-gambar rentetan di sekitar program Kempen Keselamatan Kebakaran, yang diadakan di perkarangan Mydin Mall, MiTC, Melaka.

Puan Hjh. Rossbi bt. Hj. Busu dan peserta

Apalah lambat sangat nak mula ni. Haihh... Dah penat tunggu ni

Semangat! Bersiap sedia untuk memberikan saingan!

Bergambar bersama Maskot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Edie

Mohd Adiff Darwis b. Zamrud, segak bergaya...

Ahmad Hanifa b. Azhar, kacak dan tampan....

Seronok adik-adik kita ni bertanding. Apapun, semoga pertandingan ini akan membawa manfaat pada adik-adik kita dan menambahkan pengetahuan berkenaan keselamatan kebakaran. InsyaAllah...


12 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bismillah hirrahman nirrahim....

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
Assalamualaikum w.t.w...

Pertama sekali, Pasti Asy-Syifa' memanjatkan rasa syukur penuh tawaduk kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya, terus diberikan peluang untuk berjuang demi menanamkan kecintaan anak-anak muslimin muslimat terhadap Islam melalui pengajaran dan pembelajaran di gedung ilmu ini. 

Semoga perjuangan ini akan menjadi perjuangan yang tidak sia-sia dan sentiasa mendapat keredhaan daripada-Nya, insyaAllah...

Jua syukur pada Allah S.W.T, kerana menghadiahkan bulan yang penuh Maghfirah yakni bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita manfaatkan kesempatan yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah, semata-mata kerana Allah Taala.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, akan meningkatkan lagi takwa dan iman kita kepada Allah S.W.T, insyaAllah... Amin ya rabb...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Sumber: google image