30 April 2014

Aktiviti Bulan April 2014 - Sukaneka, Gotong Royong dan Lawatan Sambil Belajar

Alhamdulillah, sepanjang bulan April 2014 yang lepas, terdapat empat aktiviti utama yang telah dijalankan oleh PASTI Asy-Syifa’ iaitu:

  1. Mengambil bahagian dalam sukaneka PASTI Kawasan Masjid Tanah – 3/4/2014
  2. Guru-Guru Melawat Sambil Belajar ke PASTI Selangor – 15/4/2014
  3. Mengambil bahagian dalam sukaneka PASTI Negeri Melaka – 27/4/2014
  4. Melakukan gotong royong menceriakan PASTI – sepanjang April
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan PASTI Asy-Syifa’ mendapat kedudukan pertama dalam acara lari berganti-ganti perempuan di peringkat Kawasan dan tempat kedua di peringkat negeri Melaka.

Pihak pengurusan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan AJK PASTI, yang telah bersama-sama menyumbangkan tenaga dalam gotong-royong membersihkan dan menceriakan PASTI Asy-Syifa’.

Tidak ketinggalan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah yang telah memberi sumbangan sebanyak RM500.00 bagi setiap PASTI Kawasan Masjid Tanah bagi tujuan keceriaan tersebut.



















Memasang Papan Tanda PASTI Asy-Syifa'


Lawatan Sambil Belajar Ke Selangor
(15 April 2014)











Balik dan Gembira