02 December 2013

Konvokesyen Dan Anugerah Kecemerlangan 2013

Alhamdulillah, PASTI ASY-SYIFA' Masjid Tanah telah mengadakan konvokesyen yang ke 10 serta majlis anugerah kecemerlangan pada 13 November 2013 yang lepas. 

Pada majlis tersebut seramai 15 orang murid 6 tahun telah menerima sijil tamat belajar yang disampaikan oleh En. Lokman Bin Zubir iaitu Pengerusi PASTI Kawasan Masjid Tanah.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran el-Kareem oleh adik Nur Qaisara Nadia iaitu bekas pelajar PASTI ASY-SYIFA' pada tahun 2012. Seterusnya ibubapa dan para tetamu jemputan disajikan dengan bacaan doa harian, persembahan nasyid, deklamasi sajak, serta sesi bercerita oleh murid-murid berumur 4 hingga 6 tahun.

Di akhir majlis tersebut, Pengerusi Asy-Syifa' telah menyampaikan bunus kepada guru-guru PASTI ASY-SYIFA' sebagai menghargai jasa mereka yang telah mengajar dengan penuh dedikasi di PASTI ini. Semoga sumbangan tersebut akan meningkatkan lagi komitmen dan motivasi guru agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin

Persembahan nasyid oleh murid

Pelajar 6 tahun


Pelajar Cemerlang 6 tahun        

Pelajar Contoh

Pelajar Harapan

Pelajar Cemerlang 5 Tahun

Pelajar 4 Tahun

Penyampaian saguhati / bonus kepada
guru



Para Guru Menerima Bonus

Cenderahati kepada Perasmi