29 November 2009

SEJARAH PASTI ASY-SYIFA'




Ditubuhkan pada tahun 2004 di sebuah rumah kedai yang dihadiahkan oleh suami tersayang Mohd Saad bin Hamid. Disebabkan minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik, saya mengambil keputusan untuk menjadikan rumah kedai ini sebagai sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Nama PASTI Asy-Syifa' ini diambil sempena dengan nama sebuah pusat perubatan Islam yang terkenal di Bandar Baru Bangi iaitu DARUSSYIFA' yang diasaskan oleh Ustaz Haron Din. Asy-Syifa' bermaksud penyembuh. Jadi adalah diharapkan PASTI Asy-Syifa' dapat mendidik dan menyembuh akhlak anak-anak bangsa agar menjadi warganegara yang berguna serta berakhlak mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
  



Tenaga Pengajar



Terdapat seramai 4 orang tenaga pengajar di sini iaitu saya sendiri Pn. Hjh Rossbi bt. Busu yang bertindak sebagai Guru Besar, Pn. Nuraidah bt. AmiruddinPn. Rohayati bt. Mohamad dan Pn. Surani bt. Bayali.

Alhamdulillah, sehingga sekarang PASTI Asy-Syifa' ini telah beroperasi selama 6 tahun berkat sokongan ibubapa dan keluarga tersayang terutamanya dari suami serta rakan-rakan yang lain.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak lansung dalam menjayakan penubuhan PASTI ini. Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dikira sebagai amalan soleh oleh Allah SWT.


No comments:

Post a Comment