Alhamdulillah, pada tahun ini PASTI Kawasan Masjid Tanah telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi majlis sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Melaka. Majlis diadakan di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah, dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdul Ghani Bin Abdul Rahman.
Bagi memeriahkan majlis, bekas pelajar-pelajar PASTI Asy-Syifa' telah dijemput untuk mempersembahkan beberapa buah nasyid. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibubapa dan bekas pelajar-pelajar PASTI Asy-Syifa' kerana sudi menjayakan majlis tersebut.
Dif-Dif Kehormat
Tetamu Undangan - Ketua Muslimat Kawasan Masjid Tanah
Tetamu Undangan - Pemuda dan AJK PAS Kawasan Masjid Tanah
Pengarah PASTI Negeri Melaka
Ketua Majlis Guru-Guru PASTI Negeri Melaka
Tokoh Guru Tahun 2010 - Pn. Saniah Binti Hasan
Anugerah Perkhidmatan
Anugerah Perkhidmatan 15 Tahun
Persembahan Nasyid Bekas Pelajar PASTI Asy-Syifa'