01 July 2010

Pasukan Bolasepak ASY-SYIFA'

Kalau di Afrika Selatan, pasukan-pasukan terunggul dari seluruh dunia mengerah kudrat, menyusun taktik dan strategi, dan mempamirkan kemahiran masing-masing dalam pertandingan World Cup, PASTI seluruh Malaysia juga sibuk membentuk pasukan masing-masing bagi pertandingan bola sepak anjuran PASTI Pusat.

Dalam  keupayaan yang terbatas, tanpa jurulatih lelaki, PASTI ASY-SYIFA' sempat menyediakan pasukan bola sepaknya yang di pimpin oleh Cikgu Rohayati. Syabas diucapkan kepada pasukan ini yang telah menduduki tempat ke 5 dalam pertandingan bola sepak peringkat kawasan Masjid Tanah. Dua orang pemain telah terpilih mewakili PASTI Kawasan Masjid Tanah ke perlawanan peringkat Negeri Melaka pada 14 Jun yang lepas.  Pasukan PASTI Masjid Tanah menduduki tempat kedua. Syabas!


Bakal Mewakili Malaysia Dalam World Cup Suatu Masa Nanti, InsyaAllah


Dua Orang Pemain Terpilih Mewakili PASTI Kawasan Masjid Tanah


Adik Ahmad Hafiz

Adik Mohd Irfan 

Labels: 

No comments:

Post a Comment