04 August 2014

Aktiviti Bulan Julai 2014: Foto-Foto Sekitar Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Bulan Ramadan

Pada tahun ini puasa jatuh pada bulan Julai. Sesi pengajaran dan pembelajaran pada bulan Ramadhan berjalan seperti biasa dan kami menggalakkan murid-murid berpuasa. Alhamdulillah,  terdapat murid-murid yang berpuasa penuh dan sebahagian lagi berpuasa separuh hari.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini guru-guru PASTI Asy-Syifa’ melakukan tadarus al-Quran bersama-sama dengan murid dengan membaca surah-surah lazim yang pendek. Aktiviti ini dilakukan untuk menanam semangat suka membaca al-Quran di kalangan murid.

Pada minggu terakhir Ramadhan guru-guru PASTI Asy-Syifa’ menerima sumbangan hari raya daripada pimpinan PAS UPU Lendu.  Alhamdulillah, semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan guru-guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa untuk membina genarasi al-Quran. 

SUASANA PEMBELAJARAN DALAM BULAN RAMADHAN

Murid 6 Tahun

Murid 5 Tahun





AKTIVITI MURID 4 TAHUN






BERTADARUS BERSAMA MURID



GEMBIRA DAPAT DUIT RAYA



SUMBANGAN HARI RAYA




KHIDMAT MASYARAKAT – ZIARAH MANGSA KEBAKARAN
(Kg. Tabuh Naning)