Pada tahun ini puasa jatuh pada bulan Julai. Sesi
pengajaran dan pembelajaran pada bulan Ramadhan berjalan seperti biasa dan kami
menggalakkan murid-murid berpuasa. Alhamdulillah,
terdapat murid-murid yang berpuasa penuh
dan sebahagian lagi berpuasa separuh hari.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini guru-guru PASTI
Asy-Syifa’ melakukan tadarus al-Quran bersama-sama dengan murid dengan membaca
surah-surah lazim yang pendek. Aktiviti ini dilakukan untuk menanam semangat
suka membaca al-Quran di kalangan murid.
Pada minggu terakhir Ramadhan guru-guru PASTI
Asy-Syifa’ menerima sumbangan hari raya daripada pimpinan PAS UPU Lendu. Alhamdulillah, semoga sumbangan tersebut dapat
meringankan bebanan guru-guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa
untuk membina genarasi al-Quran.
SUASANA PEMBELAJARAN DALAM BULAN RAMADHAN
Murid 6 Tahun
Murid 5 Tahun
AKTIVITI MURID 4 TAHUN
BERTADARUS BERSAMA MURID
GEMBIRA DAPAT DUIT RAYA
SUMBANGAN HARI RAYA
KHIDMAT MASYARAKAT – ZIARAH MANGSA KEBAKARAN
(Kg. Tabuh Naning)
No comments:
Post a Comment