Cuti
persekolahan yang panjang selama dua minggu (27 Mei - 15 Jun 2014) menyebabkan
banyak program melibatkan guru-guru PASTI sepanjang cuti persekolahan tersebut.
Oleh yang demikian bulan Jun 2014 merupakan bulan yang agak sibuk bagi semua
warga PASTI Negeri Melaka yang mana guru-guru serta pihak pengurusan PASTI
Asy-Syifa terlibat dalam pengendalian kursus untuk guru-guru PASTI, Konvokesyen
Guru PASTI 2014 serta sambutan Hari Guru PASTI 2014 peringkat negeri Melaka dan
Kebangsaan.
1. Kursus KAPP 1/2014
Kursus Asas
Perguruan PASTI 1/2014 peringkat negeri Melaka telah diadakan pada1 hingga 3
Jun 2014 bertempat di PASTI Al-Ummah, Taman Desa Duyung. Seramai 21 orang guru
baru telah mengikuti kursus tersebut.
Pn. Hajjah
Rossbi Hj Busu (Guru Besar PASTI Asy-Syifa’) telah mengendalikan tiga subjek iaitu (1) Pengenalan Umum
Karikulum PASTI 4 Tahun (K4T), (2) MicroTeaching Matematik, dan (3) Pengurusan
Bahan Bantu Mengajar (BBM).
2. Kursus PraTahfiz
Pada hari
berikutnya, 4 Jun 2014, kesemua guru-guru PASTI Melaka telah mengikuti kursus PraTafiz
bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Melaka. Insya Allah pada tahun 2015,
kesemua PASTI Negeri Melaka diwajibkan untuk menjalankan PraTahfiz di PASTI
masing-masing.
3. Hari Guru PASTI Malaysia 11 Jun 2014
Pada tahun
2014 ini, PASTI Melaka telah menjadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru PASTI
Malaysia dan juga Majlis Konvokesyen Guru PASTI 2014. Majlis berlangsung di D’Village
Resort, Air Keroh. Guru-guru Kawasan
Masjid Tanah bertugas di bahagian Penempatan Peserta. Majlis Sambutan Hari Guru
telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia iaitu saudara Suhaizan Kaiat.
Alhamdulillah,
Puan Gayah Binti Yusoh iaitu guru PASTI Lokman al-Hakim, Masjid Tanah telah terpilih
sebagai salah seorang penalis Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan bagi tahun
2014 dan menduduki tempat ketiga. Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Gayah Yusoh
di atas pencapaian beliau yang cemerlang tersebut. Tidak lupa juga diucapkan
tahniah kepada PASTI Melaka dan PASTI Kawasan Masjid Tanah.
4. Konvokesyen Guru PASTI Malaysia 12 Jun
2014
Alhamdulillah,
seramai 15 orang guru PASTI Melaka telah bergraduasi pada Majlis Konvokesyen
Guru PASTI Malaysia 2014. Majlis gilang gemilang tersebut telah disempurnakan
oleh Allahyarham Dato’Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik, iaitu Pengerusi Lajnah
Pendidikan PAS Pusat.
5. Sambutan Hari Guru PASTI Melaka 21 Jun
2014
Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 21 Jun 2014. Ia sengaja dilewatkan satu minggu bagi membolehkan guru-guru PASTI serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Melaka member tumpuan kepada program sambutan hari guru PASTI Kebangsaan dan majlis konvokesyen Guru PASTI. Majlis diadakan di Restoran Cahaya, Bukit Beruang.
6.
AKTIVITI MURID SELEPAS SEKOLAH DIBUKA SEMULA
Mari bermain tali peganglah di sini
7. Sebagai penutup bulan Jun yang sangat mencabar, kami digembirakan dengan kehadiran Ramadhan 1435H pada 29 Jun 2014. Alhamdulillah, marhaban ya Ramadhan.