01 July 2014

Aktiviti Bulan Jun 2014: Sambutan Hari Guru 2014 dan Konvokesyen Guru PASTI 2014 di Melaka




Cuti persekolahan yang panjang selama dua minggu (27 Mei - 15 Jun 2014) menyebabkan banyak program melibatkan guru-guru PASTI sepanjang cuti persekolahan tersebut. Oleh yang demikian bulan Jun 2014 merupakan bulan yang agak sibuk bagi semua warga PASTI Negeri Melaka yang mana guru-guru serta pihak pengurusan PASTI Asy-Syifa terlibat dalam pengendalian kursus untuk guru-guru PASTI, Konvokesyen Guru PASTI 2014 serta sambutan Hari Guru PASTI 2014 peringkat negeri Melaka dan Kebangsaan.


1.     Kursus KAPP 1/2014

Kursus Asas Perguruan PASTI 1/2014 peringkat negeri Melaka telah diadakan pada1 hingga 3 Jun 2014 bertempat di PASTI Al-Ummah, Taman Desa Duyung. Seramai 21 orang guru baru telah mengikuti kursus tersebut.

Pn. Hajjah Rossbi Hj Busu (Guru Besar PASTI Asy-Syifa’) telah mengendalikan  tiga subjek iaitu (1) Pengenalan Umum Karikulum PASTI 4 Tahun (K4T), (2) MicroTeaching Matematik, dan (3) Pengurusan Bahan Bantu Mengajar (BBM).






2.     Kursus PraTahfiz

Pada hari berikutnya, 4 Jun 2014, kesemua guru-guru PASTI Melaka telah mengikuti kursus PraTafiz bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Melaka. Insya Allah pada tahun 2015, kesemua PASTI Negeri Melaka diwajibkan untuk menjalankan PraTahfiz di PASTI masing-masing.



3.     Hari Guru PASTI Malaysia 11 Jun 2014

Pada tahun 2014 ini, PASTI Melaka telah menjadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru PASTI Malaysia dan juga Majlis Konvokesyen Guru PASTI 2014. Majlis berlangsung di D’Village Resort, Air Keroh.  Guru-guru Kawasan Masjid Tanah bertugas di bahagian Penempatan Peserta. Majlis Sambutan Hari Guru telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia iaitu saudara Suhaizan Kaiat.

Alhamdulillah, Puan Gayah Binti Yusoh iaitu guru PASTI Lokman al-Hakim, Masjid Tanah telah terpilih sebagai salah seorang penalis Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2014 dan menduduki tempat ketiga. Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Gayah Yusoh di atas pencapaian beliau yang cemerlang tersebut. Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada PASTI Melaka dan PASTI Kawasan Masjid Tanah.








4.     Konvokesyen Guru PASTI Malaysia 12 Jun 2014

Alhamdulillah, seramai 15 orang guru PASTI Melaka telah bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Guru PASTI Malaysia 2014. Majlis gilang gemilang tersebut telah disempurnakan oleh Allahyarham Dato’Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik, iaitu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

















5.     Sambutan Hari Guru PASTI Melaka 21 Jun 2014

Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 21 Jun 2014.  Ia sengaja dilewatkan satu minggu bagi membolehkan guru-guru PASTI serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Melaka member tumpuan kepada program sambutan hari guru PASTI Kebangsaan dan majlis konvokesyen Guru PASTI. Majlis diadakan di Restoran Cahaya, Bukit Beruang.





6.   AKTIVITI MURID SELEPAS SEKOLAH DIBUKA SEMULA







Mari bermain tali peganglah di sini

7.    Sebagai penutup bulan Jun yang sangat mencabar, kami digembirakan dengan kehadiran Ramadhan 1435H pada 29 Jun 2014. Alhamdulillah, marhaban ya Ramadhan.

No comments:

Post a Comment