12 August 2010

Kemahiran Psikomotor

Assalamualaikum wm wbr.

Dalam dunia pendidikan, penyampaian sesuatu ilmu akan melibatkan tiga bidang pengetahuan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Secara mudahnya, ketiga-tiga istilah ini diberi makna seperti berikut, iaitu: 
  • Kognitif ialah bidang mengenai pengetahuan, fakta, teori, perangkaan dan kefahaman, yang melibatkan  fikiran atau otak. 
  • Afektif melibatkan  perasaan, emosi, hati, dan nilai. Ini termasuklah proses membangkitkan rasa suka, minat, atau mengembangkan sikap menolak sesuatu yang buruk, dan lain-lain. 
  • Psikomotor melibatkan penyelarasan perbuatan (otot-otot pada badan) bagi membentuk sesuatu kemahiran. 

Pelajar Sedang Melakukan Regangan

Dalam pembelajaran yang melibatkan kemahiran seperti bermain bola sepak, menulis, melukis dan sebagainya, pada permulaannya pelajar mungkin bertindak secara kasar dan berasa janggal. Tetapi  selepas menjalani satu tempoh latihan, pelajar akan dapat menguasai gerak-geri yang lebih halus dan dapat meningkatkan tindakannya. Oleh yang demikian, kemahiran psikomotor banyak bergantung kepada latihan. 

Bagi seorang guru, dia seharusnya mengetahui bahawa peringkat kesediaan psikomotor bagi setiap pelajar yang sama umur adalah berbeza-beza. Kesediaan psikimotor yang tinggi akan membolehkan pelajar menjalankan aktiviti latihan dengan cekap dan berkesan. Oleh itu gurus harus faham bahawa jika seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu aktiviti, maka ada kemungkinan dia belum bersedia dari segi fizikal, namun ini tidak bererti bahawa dia tidak boleh melakukannya pada masa yang akan datang.  Dalam kata lain, seseorang pelajar mungkin menunjukkan kemajuan yang terhad pada masa ini tetapi boleh menunjukkan kemajuan yang mendadak pada masa yang lain. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang tepat patut diberikan kepada pelajar tersebut.

Dengan memahami bahawa kemahiran psikomotor adalah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak, maka PASTI ASY-SYIFA' telah menetapkan satu slot pendidikan jasmani (PJ)  iaitu setiap hari Rabu bagi memupuk dan membangun aspek psikomotor para pelajar. 






Naik naik ke puncak gunung
Tinggi tinggi sekali
Naik naik ke puncak gunung
Tinggi tinggi sekali
Kiri kanan kulihat saja
Banyak pohon cemara* 
Kiri kanan kulihat saja
Banyak pohon cemara.*


Gembira Berjaya Menawan Puncak Gunung 

1 comment:

  1. Tahniah
    Sy sedang mncarivaktiviti yg sesuai utk ank sy.
    Jemput singgah my blog www.hanasihat.blogspot.com

    ReplyDelete