01 June 2014

Aktiviti Bulan Mei 2014

Antara aktiviti utama bagi bulan Mei 2014 ialah:

1.  Peperiksaan Pertengahan Tahun

Alhamdulillah, aktiviti PnP Pasti telah berjalan hampir setengah tahun.

Justeru, pada 5-7 Mei 2014 yg lepas murid-murid PASTI Asy-Syifa' telah menjalani peperiksaan pertengahan tahun untuk mengukur tahap pencapaian mereka.

2.  Lawatan Pengerusi PASTI Kawasan Masjid Tanah ke PASTI Asy-Syifa'.

Pihak pengurusan PASTI Asy-Syifa' berbesar hati atas kesudian Ustaz Hanafi Ramli melapangkan masa melawat ke Pasti kami.


Menyemak dan tandatangan
buku pelawat

3. Majlis Bacaan Yassin Bersama Ibubapa

Di samping itu, suatu majlis bacaan yassin dan zikir bersama ibubapa telah diadakan pada 18 Mei 2014. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yassin, zikir, dan solat isya' berjemaah.  Majlis zikir ini menggunakan kaedah Darussyifa' berpandukan buku "Ruqyah Asas Pengubatan Islam".




Semoga PASTI Asy-Syifa' terus melangkah maju mendidik anak bangsa untuk melahirkan generasi al-Quran.

No comments:

Post a Comment